Untuk paparan lebih baik gunakan pelayar Internet Exporer 7 ke atas dan Mozilla Firefox 3.0

Tuesday, October 12, 2010

Sekadar Renungan- Maher Zain - Insha Allah

Saturday, October 9, 2010

Maher Zain - Thank You Allah with Lyrics

Monday, August 30, 2010

Khasiat Roselle



1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ‘silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.

Komposisi (75 Kapsul per botol) :
Hibiscus Sabdariffa

Dos :
Amalkan 2 kapsul pada waktu pagi dan 2 kapsul pada waktu malam.

Harga Pengguna
Semenanjung Malaysia: RM 20
Sabah & Sarawak: RM 22

Harga Pengedar HPA
Semenanjung Malaysia: RM 16
Sabah & Sarawak: RM 18

Nilai Mata (NM): 8

Sunday, August 29, 2010

Sekadar berkongsi


Dalam Surau Al-Huda

Ini?




Dr Asri: Saya bukan pertahan YB Teo

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkata laporan media yang menyebut bahawa beliau mempertahankan tindakan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching adalah kurang tepat.

"Saya kira laporan itu kurang tepat. Saya tidak campur dalam urusan politik beliau dan tidak mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Cuma, tambahnya, beliau telah menegaskan beberapa perkara berikut:

1. Bukan muslim boleh masuk ke dalam masjid jika dengan tujuan yang betul seperti untuk mengenali Islam, memahami atau mempelajarinya. Juga untuk urusan dengan orang Muslim, dengan syarat tidak mencemarkan kemuliaan masjid. Ini kerana pada zaman Nabi SAW bukan Muslim masuk ke masjid untuk bertemu Rasulullah SAW.

2. Isu-isu agama Islam hendaklah dinilai dengan timbangan agama yang berteraskan dalil dan hujah. Menggunakan neraca politik kepartian untuk menilai isu agama boleh merosakkan kesucian agama ini. Islam dibina atas hujah dan dalil, sementara politik kepartian sering dibina atas persepsi dan prejudis.

3. Bukan Muslim, bahkan Muslim juga tidak boleh menggunakan masjid untuk tujuan politik puak dan peribadi.

4 .Pandangan dan pendapat mengenai Islam hendaklah berteraskan hakikat Islam yang sebenar. Pendekatan sesetengah golongan politik kebelakangan ini menggunakan isu agama untuk membangkit permusuhan kaum sehingga boleh menimbulkan salahfaham terhadap Islam, sebenarnya tindakan itulah yang mencemarkan Islam.

Sebelum ini, tindakan ahli parlimen Serdang itu memberi ucapan di sebuah surau di Kajang Sentral telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Berikutan itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pengurusan surau tersebut.

Sultan Selangor juga dilaporkan turut murka dengan apa yang berlaku itu.

Friday, August 20, 2010

Apa komen anda?

Bufet Ramadan 15 hotel ternama di WP diragui halal





Hasil pemantauan 10 hari pertama Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 15 hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian halal dalam penyediaan bufet Ramadannya.
Ia sebahagian daripada 24 hotel dan restoren di lima negeri - termasuk Selangor, Pahang, Selangor dan Kedah - yang didapati menggunakan bahan yang diragui halal.
Menurut Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, bermula 1 Ramadan (11 Ogos) lalu pemeriksaan dan serbuan terhadap 34 hotel bertaraf empat dan lima bintang itu sebahagian daripada pemantauan berterusannya.
"Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan," katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini Wan Mohamad berkata, sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia manakala promosi bufet Ramadan yang ditawarkan jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975.
"Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan.
"Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma bufet Ramadan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa.
Disenaraikan di laman web
"Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah bufet Ramadhan merupakan perbahasaan halal dan ianya boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan," katanya.
Bagaimanapun, menurut Wan Mohamad lagi kesemua premis memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses pemantauan dijalankan.
"Pihak premis juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim dan jabatan agama Islam negeri."
Wan Mohamad juga berkata pihaknya menasihatkan pengguna Islam berhati-hati memilih makanan dan mengelakkan daripada perkara yang was-was.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pemegang sijil halal, orang ramai bolehlah melayari laman web halal Jakim di www.halal.gov.my, tambahnya.
Sementara itu, sepanjang 10 hari Ramadani, Wan Mohamad memberitahu JAKIM menerima 16 permohonan sijil halal daripada hotel-hotel seluruh Malaysia.
"Manakala dua hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadan ini," katanya

Sumber : Malaysiakini

Wednesday, August 18, 2010

PBC MEGA RAMADHAN



Tempat : Hotel De Palma Shah Alam
Tarikh : 28-29 Ogos 2010
Yuran : RM 180 ( termasuk penginapan dan makan minum )
* memang berbaloi

Rebutlah peluang keemasan ini. Kepada individu yang berminat tetapi belum menjadi ahli, daftarlah sekarang dibawah tajaan stokis HPA Tmn. Dato Harun dan nikmati diskaun hebat untuk yuran penyertaan PBC.

Klik ruangan 'DAFTAR KEAHLIAN' untuk pra pendaftaran.

Maklumat lanjut hubungi : En. Adi ( 019-3230329 )

Tepung Gandum HPA


SATU LAGI PRODUK TERBARU KELUARAN HPA. TEPUNG GANDUM HPA INI YANG BERATNYA 1 KG DIPERKAYAKAN DENGAN VITAMIN B1, B2, NIASIN DAN ZAT BESI SERTA TIDAK MENGANDUNGI BENZOYL PEROKSIDA. TEPUNG GANDUM HPA DIRUMUS KHAS UNTUK MEMBUAT KEK, BISKUT, KUIH-MUIH, MI DAN SEBAGAINYA. JUGA BOLEH DIGUNAKAN UNTUK PELBAGAI KEGUNAAN MASAKAN AM.

*Elakkan daripada membeli tepung gandum yang mengandungi "Benzoyl Peroxide". Bahan ini digunakan untuk memutihkan tepung gandum tersebut. Bahan ini boleh mengakibatkan kanser.
Benzoyl Peroxide adalah :

· Bahan toksik
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.


HARGA PENGEDAR HPA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.50
SABAH & SARAWAK: RM2.80

HARGA PENGGUNA
SEMENANJUNG MALAYSIA: RM2.80
SABAH & SARAWAK: RM3.10

NILAI MATA (NM): 0.25